Log Masuk

Modul 2: Masalah Luaran Muslimin dan Ancaman Sekularisasi

Bahagian pertama modul ini akan mengupas punca mengapa cabaran luaran kaum Muslimin datang dari tamadun Barat. Hakikat ‘Tamadun Barat’ dan ciri-ciri utamanya akan diberikan penta‘rifan. Penjelasan terhadap pertembungan Islam dengan Barat dalam bentuk agama sejagat; ketenteraan atau politik global; dan penjajahan ‘ilmu dan pendidikan. Bahagian kedua akan menyorot ta‘rifan dan ma‘na sekularisasi sebagai program falsafah. Sekularisasi ‘alam tabi‘i dan sejarahnya di Barat akan diteliti semenjak zaman Yunani purba hingga ke masakini. Berlandaskan unsur tersebut, bahagian ketiga akan meninjau pensekularan politik dan sekularisasi nilai yang menidakkan kewibawaan dan kemutlakan agama. Bagaimana Kristian Barat semasa menjawab permasalahan sekularisasi akan diselidiki untuk dijadikan i‘tibar.

Tags: wise,, wacana pandangan alam islam,, worldview,, modul,, masalah,, luaran,, sekularisasi,

Pengenalan

Pengenalan

Latar Belakang dan Sejarah Wacana Pandangan Alam Islam
Pensharah

Pensharah

Tenaga Pengajar yang Berwibawa
Perbahasan

Perbahasan

Modul dan Perbincangan Faham-faham Penting Islam

Penganjur

Logo Hakim
Logo Tadib
Logo Dewan Bahasa Dan Pustaka