Log Masuk

Pengenalan

Siri Wacana Pandangan ‘Alam Islām (WISE) 2016 adalah siri kuliah yang dianjurkan oleh Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM) dan Ta’dib International yang merupakan pengantar bagi gagasan Pandangan ‘Alam Islām sepertimana yang dijelaskan dan dihuraikan oleh Tan Sri Dr.Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam karya-karya agungnya: Risalah Untuk Kaum Muslimin,  Islām & Secularismdan Prolegomena to the Metaphysics of Islām. 

WISE 2016 telah memasuki tahun kelima penganjurannya dan dengan jayanya telah melahirkan 6 kumpulan graduan yang terdiri daripada pelajar, pensharah dan golongan profesional. Hasil pengajian WISE sebelum ini telah dimanfa‘atkan oleh para peserta yang berasal dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Selain itu, HAKIM juga menganjurkan siri yang sama dalam bahasa Inggeris yang dinamakan WISE Summer School sejak tahun 2014 dan telah menarik peserta dari Eropah, Amerika, Timur Tengah dan rantau Asia Tenggara.

WISE 2016 mengandungi 8 mata kuliah dan diisi dengan wacana ‘ilmiyyah Pandangan ‘Alam Islām––seperti Masalah Dalaman Kaum Muslimin, Masalah Luaran Kaum Muslimin, Ta’dib sebagai Faham Pendidikan Islām, Ma‘na Agama dan Peranan Wahyu, Hakikat Insan dan Kebahagiaan, ‘Alam Semesta sebagai Ayat-ayat Allah dan ‘Ilmu: Faham dan Pembudayaannya

WISE 2016 bakal dibimbing oleh para pensharah berwibawa yang telah dididik dan berpengalaman belajar secara langsung dengan Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas di ISTAC, (1987-2002).

 

Halatuju Graduan WISE

 

 

 

Pengenalan

Pengenalan

Latar Belakang dan Sejarah Wacana Pandangan Alam Islam
Pensharah

Pensharah

Tenaga Pengajar yang Berwibawa
Perbahasan

Perbahasan

Modul dan Perbincangan Faham-faham Penting Islam

Penganjur

Logo Hakim
Logo Tadib
Logo Dewan Bahasa Dan Pustaka